Followers

Saturday, 28 July 2012

Orang Islam Apa Macam Tu ... ??

Assalamualaikum

Tu dia .... Ini post Teya ke 60 !
Lepas ni post ke 61 , dan lepas tu post ke 62 . Laa , korang ni . Yang tu pun nak kena bagitahu ke ?
* PERINGATAN :  Entry ini mempunyai penulisan yg agak panjang .

Suasana Bazar Ramdhan kat mana , entah . Teya pakat ambik ja .
Aku , Aina dan Ummi sampai di Bazar Ramadhan Padang Serai tepat pada pukul 5.30 petang .
Kenapa aku tahu ? aku sempat menoleh ke arah jam tangan .
Ok tipu je sebenarnya sampai pada pukul berapa aku pun taktau .

bermulanya kisah .  . . .

Dia duduk dicelah laluan orang ramai sambil menadah bakul kecil . Tiada siapa pun memperdulikannya . Aku tidak terdetik pun nak sedekah kepadanya memandangkan aku terfikir dia sepatutnya bekerja dan bukannya mengemis .

Aku hanya memandang dengan simpati .

Lebih kurang macam ni pengemis tu , tapi dia duduk atas papan beroda sebab kakinya kudung .
Tiba-tiba datang seorang lelaki 
bercermin mata hitam ,
berseluar jeans ,
Gayanya seperti seorang polis . Aku tidak tahu 
Tangannya juga memegang beberapa beg plastik berisi juadah makanan .

" Hoi , hang ni sapa ? Orang Islam kah ? " herdik lelaki itu  ke arah pengemis tadi .

Pengemis tadi nampak ketakutan . Mukanya pucat .

" Tidak . Saya bukan orang Islam ... " jawabnya .
" Kalau bukan Orang Islam , kenapa mengemis di sini ? Pergi balik ! Pergi balik .. " herdik lelaki tadi .

Mata orang ramai sudah memandang ke arah mereka . Termasuk kami bertiga , off course lah

Lelaki tadi terus menolak - nolak lelaki tersebut dan menyuruhnya beredar dari situ . 
Dia  terus menolaknya sambil memarahinya di depan orang ramai . 
Ramai mata masih memandang , tapi tak seorang pun yang berani bersuara .
Hanya sekadar memandang .

Ish ! Tak boleh la aku tulis panjang2 tak de gambar ni . !! Nak kena buh gmbar jugak 
Dia terus menolak lelaki tersebut melalui gerai-gerai orang berniaga .

" Ni bukan Islam ni .... Tengok ! Poket dia penuh duit .. " beritahu nya kepada orang ramai . Suasana di Bazar ketika itu sunyi seketika .

" Hang bukan orang Islam . Aku tak mau bagi duit . Pi balik .. ! " marahnya lagi .
Pengemis itu hanya menurut katanya tanpa berani melawan sedikit pun . Kasihan aku melihatnya .

Setelah mereka berlalu pergi ,
Aku terfikir ....

" Mungkin lelaki itu salah juga kerana hanya mengemis dan tidak mencari kerja sendiri ... "

Tiba-tiba Ummi menyampuk


" Macam tu kah perangai orang Islam ? Perlu kah Orang Islam melayan pengemis itu sampai macam tu sekali ..?  "

" Di manakah Akhlak Orang Islam  kita yang patut dicontohi dan diteladani ? "


Setelah pulang dari Bazar itu , aku mendapat satu pengajaran baru .

Ya, sangat betul kata-kata Ummi . Tambah lagi bulan puasa begini , kita sepatutnya berbuat baik sesama sendiri , bukan sahaja dengan Orang Islam , malah dengan orang beragama lain juga . 


Aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus dalam Facebook ,

Renung-renungkan .. dan selamat beramal  ~

*Eh ? sejak bila teya guna kata ganti  'aku' dalam penulisannnya hari ini ?
*Sejak bila pula teya tulis karangan  panjang2 ni ?

31 comments:

aisya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

ade plak die mcm tu.. agak kurang ajar di situ.. huhu

JungRara said... http://i.imgur.com/mkiht.png

hrmmm..betul kata mak tu. Sepatutnya orang Islam kena lah tunjuk perilaku yang baik, barulah dihormati orang lain

Nelly The Strange said... http://i.imgur.com/mkiht.png

eish , tak patutnya !!!

Aku best.Cepat kata. said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Ish3. Tak patot. Tak dak hati perut.

Ulya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

urmmm betul . tak patut layan pengemis tu mcm tu .

baca cerita ang ni , teringat tadi ak p bank , keluar2 ada pengemis , India agaknya .. .
ak pun kesian , tp ak pun mcm ang , sepatutnya dia bekerja . dia lelaki , so boleh kerja kannn .
tapi ummi ak cakap , hulur lah rm1 . wpun dia bukan Islam , tp besar gnjarannya kita bersedekah bulan puasa .
so dalam takut-takut (ya , keadaan dia menakutkan sbb tak terurus) ak pun hulur . huehue .. tp rm1 je lha .
dan ak agak setuju kata2 ustaz azhar idrus tu . tp ... tak best lah kalau terasa ditipu kan ! erkkk .

Kamal Lee said... http://i.imgur.com/mkiht.png

eh cik cup cake. ni kamal adlee nak kumen sikit. haha. *kamal adlee? ewwww~ haha.

okayy,
1)hang punye entry tak la panjang sangat macam entry hang yang lepas like entry pasal cikgu rajan dengan papa zola. haha

2)polis tu pon takde sivik jugak. sengal. kalau die taknak derma, buat bodo jela. org lain ramai nak derma. takyah nak halau bagai. dusshh! kalau bukan org islam pon, tak dapat pahale ke wahai encik polis oi? haishh. tak paham. -,-''

3) itu je kot. haha. saye tak fasih sangat bab2 agame ni. hihi.

ok bai. haha. :)

leakedknowledge said... http://i.imgur.com/mkiht.png

disebabkan kamal lee myenaraikan 3 point, ak pon ingin mnurut stail beliau..haha

1] err..n3 mcm ni dikira panjang ker? mata ak still dpt menrima n3 mcm ni, so bkn berjela2 la

2] haha ulya menceritakan die bersedekah rm1..kurang pahala sedekah tu..kekeke

3] mentaliti mcm ni la yg buat agama lain pandang serong kt agama islam...xsemestinya yg bukan beragama islam kita kne mbenci..sptutnya kita kne myayang bru la org dpt tertarik dgn islam :)

jaakechik said... http://i.imgur.com/mkiht.png

tak baik org tu bt mcm tu, jaa setuju ngn ummi teya! btw, asalkan kita ikhlas sedekah. dia nak tipu ke hape tu biar dia yg jawab esok2..kan?

kaishin said... http://i.imgur.com/mkiht.png

kalau rasa nak bersedekah, hulur je tapi kalu rasa tak nak tak perlu la hina org smpai camtu sekali kan..

adibahfaizah said... http://i.imgur.com/mkiht.png

tak pnjng mane aih entri ni teya. haha. stuju dngn ustz azhar idrus tu. .:) takpelah kan kalu kena tipu, satu hari nanti allah tunjuk jln kat dia, drpd mcm cik abng bju hitam tu buat. ahh, langsung tak mnnjuk ciri2 islam .

Nur Atiqah Mohd Zaki said... http://i.imgur.com/mkiht.png

sepatotnye kita berikan contoh yg baek pada org bukan islam..lagi3 bulan ramadhan nie..

khairul akmal bin azman said... http://i.imgur.com/mkiht.png

best la ayat ustaz azhar idrus ni

Chic Na said... http://i.imgur.com/mkiht.png

kejamnya. kalau ye pun tak yah la sampai marah2 macam tu. patut tanya dekat org yg marah tu "awak ni Islam ke?" kan.. :)

! Arjunakirana ! said... http://i.imgur.com/mkiht.png

SAlam Cik teya : arjuna pernah terbaca satu artikel yang berbunyi begini,

"Apabila sampai waktu kiamat nanti, semua manusia yang kaya-raya terburu-buru ingin memberikan sedekah pada fakir miskin akan tetapi semua fakir miskin menolaknya"

jadi kesimpulannya, bersedekah lah selagi masih hidup, tak kira agama dan bangsa. Maaf arjuna bukan nak berceramah tapi ini lah kesimpulannya. fikir2kan :)

Boni Kacak said... http://i.imgur.com/mkiht.png

ikut je kata ustaz azhar idrus tu.. buatpe kita nak penat2 fikir samada pengemis tu betul atau tipu. kalau rasa nak bagi, bagi je..

ana fatihah said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Sebab perangai dia tu blh timbulkan fitnah kat agama Islam..Sepatutnya kita kena brlemah lmbutlaa n syg menyayangi..Teya kan??

zacky786 said... http://i.imgur.com/mkiht.png

janji sedekah dengan ikhlas .. bkn utk menunjuk2 ..

kes ni , mmg truk laa.. xptut laki kacamata hitam tu buat cmtu ... dia sibuk pertikaikan pngemis tu bkn islam.. tp tingkah laku dia tu islam ka ? apa punya olang xde sivik !

Nelly The Strange said... http://i.imgur.com/mkiht.png

kat bazar , nelly selalu jumpa !!!!

tirahzairi said... http://i.imgur.com/mkiht.png

teringat plak blog tirah "pengemis" dulu....hahhahaa....

#betul tue, kdg2 terfikir jgk, npe xnk cri keje...tp xsalah kita tulun2 kan#

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Teya sangat setuju dengan korang semua , tambah2 depa 3 orang hat bagi komen berjela tu ~

hahaha :D

Aisya J said... http://i.imgur.com/mkiht.png

ish kesiannya pengemis tuuu T_T

KorN said... http://i.imgur.com/mkiht.png

kalau entry cm ni di kira panjang, entry aku yg lepas di kira super panjang lah ye.. hehe... ok back to topic, tak tau nak komen cemana... memang kekadang kita was2 nak sedekah kat pngmis yg asalnnya dr mana.. tp bab kata UAI, at least kita dapat phala kat situ...

BERT said... http://i.imgur.com/mkiht.png

tade hati perot langsung.. tak kisah la dia siapa pun.. lagi2 bulan puasa.. baik buat pahala dari buat dossa.. betul kata UAI tu... semoga lelaki tu diberi hidayah

Adylia Qarissa said... http://i.imgur.com/mkiht.png

kenapa dihalau macam tu skali? kalau tak suka tak payah bagi sedekah..janganlah halau macam kucing.. kalau peminta sedekah tu Islam, dia nak buat apa..ish.. manusia *geram!!

Cendol said... http://i.imgur.com/mkiht.png

ish3 tak baik nye org tu.islam tak ajar plak tak payah tlg non muslim.islam ajar kite tlg menolong.memberi pd yg perlu.kot ye punnnn jgn le halau mcm tu sekali..memburukkan imej islam!

Ety said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Entry panjang ? Hahaha. Tak la, sbb Ety rasa entry Ety lagi berjela-jela :D

Renungan bersama di bulan Ramdhan. Ety uksa :')

Emma said... http://i.imgur.com/mkiht.png

hmm, org yg mnghalau tu sgt tidak beradab la.. kalo yg penegmis tu buat riuh, xpe la kalo dia dihalau, tapi kalo dia duk diam je, xpe kot.. hmm, zmn skg ni.. org yg cukup anggota pn susah nk dpt keja, ni kn pula yg kurg anggota.. semoga Allah merahmati kita.. :)

Azee Hana said... http://i.imgur.com/mkiht.png

isy,,x patut betul orang tu marah2 macam tu..patut nya,,tanya lelaki y marah tu balik,,awak puasa ke tak..puasa puasa mane leh marah2..hee

CintaZulaikha said... http://i.imgur.com/mkiht.png

mmg seharusnya org yang mampu berkerja lagi kena juga berkerja, tak di galakkan mengemis.

tp sbg org islam, kita nih jgnlah jd hampeh plak, nak buat perangai cam tader sivik. bulan pose kot, kemana hilangnya adab tuh...humm

renungkanlah sendiri.

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said... http://i.imgur.com/mkiht.png

ksiannye dia..btul,xptut polis tu wat cmtu..klu xsuka tgk jela,xpyh nk hlau dgn cara kasar cmtu..islam xajar umat dia cmtu..lgpun kna brbaik dgn smua org xkira la bngsa apa pun..lg 1, btul ustaz azhar ckp..kita sedekah je,nnti dpt phala..dia tipu ke x tu lain kira..tp kna fkir positif..mngkin dia xdpt keje sbb kcacatan dia...erk,teya ada ckp dia kdung kn? ke slh bca? hoho...dan mngkin dia dipaksa oleh agen2..kite xth..bln puasa,kna bersangka baik dan brperangai baik..jgn jd mcm polis tu tau..hihi...

alamak! membebel plk akak kt sni..(geram ngn polis pnya psal) huhu

9n0L4 said... http://i.imgur.com/mkiht.png

kite sepatutnya tunjuk akhlak yg baik. tu lah hikmah nak tarik org bukan Islam nak peluk Islam. Rasulullah sdiri pun beri mkn pade org bkn Islam yg terang² kutuk baginda. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...