Followers

Tuesday 29 May 2012

Result Matrik yg Seram Datang

Assalamualaikum , 


Sebelum ni , teya sangat berdebar2 ... 
Mandi tak basah ,
Tidur tak lena ,
Makan kenyang ,


Semuanya tak kena gara2 ini .
Lepas tekan UserID kat situ  , hilanglah segala benda yang tak kena tadi 
Alhamdulillah , walaupun tak dapat 4flat mahupun  3.5 ke atas , teya bersyukur la melepasi target .. 


hehe , sebenarnya tension jugakla tak dapat 4.0 sebab teya dah tak boleh jadi doktor ! 

Uwaaa ... !! Sapa suruh tak mengaji betul2 , .. sapa suruh main2 . 


Ni semua Syaitan punya pasal nih !! "
Aduuhh , salahkan syaitan pulak , dia tu yang tak kuat iman . :D


Apa pun teya nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan teya:


Faiz Asmadi - 3.96
Husni Razman - 3.77
Atirah - 3.9 and something
Zafirah - 3.9 and something
Anis - 4.00


dan kawan2 teya yang lain , bestfriends teya , teya tak tau result dorang sebab dorang tak cek lagi ! Apapun Good Luck lah .. Hahha .


Kepada pelajar2 Matrikulasi diseluruh Msia , TAHNIAH juga ! Jum kemaskini borang UPU kita 








Sila klik pada gambar utk kemaskini . jgn risau , ianya NEW WINDOW




Sudah , sudah ... Mari kita lupakan result . Oww . lepas ni nak kerja apa teya Pakar Pemakanan ? Bioteknolgi ? Dietetik ? Optometrik ? ... Haihh lupakan juga pasal kerjaya sementara .

Mari kita layan gambar di  bawah
Thanks kepada sesiapa yg sudi FOLLOW dan KOMEN belog teya !


Aduuhhh , sweeett .... :)



Salam sayang daripada .penulisbelogteya. 

Sunday 27 May 2012

Misteri Warna Darah !


Assalamualaikum , teya baru habis makan kenduri .

Nasi kenduri sangat sedap sehingga teya rasa seperti mahu makan lagi . Nasi ditambah dengan acar timun dan nenas berulamkan ulam raja begitu menambat hati raja .

Baiklah kali ni entri teya ingin mengupas bawang putih tentang tajuk Misteri Dalam Darah . Waa , Karangan Bahasa Melayu semakin mantap .

Bagi yang tak tau , korang nak tau tak , tidak semua makhluk di dunia ini berdarah berwarna merah . Sehingga kini , saintis telah mendapati terdapat juga darah pelbagai makhluk ciptaan Tuhan wujud dalam bermacam2 warna , seolah pelangi!errkk ... pelangi ?


Darah belangkas dan udang karang dan sotong berwarna biru atau kehitaman , 


Saintis mendapati darah belangkas mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi . Pada waktu ini darah belangkas banyak digunakan dalam sektor perubatan . 

Darah sotong yang berwarna kehitaman juga digunakan sebagai ubat . Ianya mampu melawan sel barah selain dalam resepi masakan dan dakwat tulisan .
Errr , euwww 

Darah lipas berwarna jernih kerana tidak mempunyai apa2 pigmen di dalamnya .

Darah cacing berwarna hijau pekat .

Darah karang laut boleh menjadi warna hijau epal .

Vanadim dalam darah gamat membuatnya menjadi warna kuning !


Bagaimana pula dengan darah manusia ?



Korang cuba lihat tangan korang , korang boleh nampak  urat2 darah kita berwarna biru . Adakah darah kita berwarna biru ?

Sebenarnya , darah yang mengangkut oksigen dalam badan kita berwarna merah cair . Semakin tinggi kandungan oksigen , semakin cair warnanya .
Manakala , darah yang tiada oksigen berwarna merah terlalu pekat dan kelihatan seolah-olah kebiru-biruan .

Jika kalian lihat dengan teliti , urat-urat berwarna kebiruan berselirat bawah permukaan kulit . Ini kerana darah yg tiada oksigen(deoxygenated blood) bercampur dengan warna kulit yang coklat/ kekuningan menjadi seolah-olah biru!

seram ? tidak , bukan ?

Mengapa pula tidak nampak urat berwarna merah ?
Apabila luka , selalunya darah yang mengalir ialah darah yang tidak mengangkut oksigen (deoxygenated blood) . Ini kerana salur darah(arteri) yang mengangkut oksigen(oxygenated blood) terletak jauh dari permukaan kulit . Yela , dorang kan ada banyak oksigen . Badan perlukan oksigen , kalau asyik terluka  dan terkeluar je , tak cukup la oksigen dalam badan kita !



Macam mana pula dengan darah Mahsuri ?

Sapa pulakk yang tak kenai dengan Mahsuri kat sebelah rumah yang difitnah dan dibunuh di Langkawi . Mahsuri dikatakan mengalirkan darah berwarna putih seolah-olah macam nak buktikan kesuciannya .
Mahsuri yang jelita . Ada yg mengatakan cerita ini hanya dongeng , mitos dan ditokok tambah 

Walaupun begitu , ada yang menyelidik kemungkinan Mahsuri mengalirkan darah putih kerana

Mahsuri mungkin mengidap penyakit yang menyebabkan organ dalam tubuhnya mengumpul nanah akibat sel darah putih cuba membunuh bendasing yang menyerang!   Apabila ditusuk tombak ,nanah bercampur dengan darah yg keluar .


Barangkali tombak yang menusuk bahagian dada Mahsuri menyebabkan susu ibu yang keluar . Masa tu , Mahsuri dah ada anak kot .


Semua ini hanya wasangka . Hanya Tuhan Maha Mengetahui .

-Sumber daripada BERNAMA Dewan Siswa Edisi Mac2011-

Kesimpulannya ,
 MAHA AGUNGNYA CIPTAAN ALLAH . Ayuh ucapkan 
    ' SubhanAllah..! '

Salam rindu tak terkira kat korang yang sangat comel daripada   .penulisbelogteya.

Wednesday 23 May 2012

Google Kreatif

Assalamualaikum ,  . .
tak nak cakap banyak2 . Sebab teya tahu , mata korang mesti akan tertumpu pada gambar je . kan ? kan ? 


Happy New Year 2012 

Halloween Day . Tak yah kisah , orang putih punya ni

Pi day . tak boleh blah , la . matematik pulak ! adeeh .

Hari Natal depa . Hari Raya tak buat pulak ??

Alaaaa , comel sangat !
Hari Ibu 2012 
Hari ni punya . Siap boleh main piano lagi ! :)
Teya sukaa sangat tengok Google buat logo2 kreatif macam ni . 


Boleh gerak2 pulak tu . Best kan Google ni ? 


Tapi favourite teya yang ni . . hahah 


Dorang comell sangat ! Suka main2 dengan depa ni !  
Korang ingat tak yang mana entah monster yang makan kawan dia tuh?


Korang suka yang mana ? hahahaha .    oopps . terjatuh pulak !

Monday 21 May 2012

Tengoklah ! Bosan kan ?

Assalamualaikum . Teya update lagi , lambat update pulak tu . Alaa , macam la korang kesah ! 
Teya tau korang kesah dan korang ridu teya kan ? Hahaha >.<

Tadi , teya baru jenguk blog FL . Jom tengok muka dia !
FL  ... Cepat laah ! Teya dah ready ni ...  :)

FL update dia punya rutin harian . Memang pack sangat , kot .
Ye la kan bakal doktor . Untung laa FL . Pandai pun pandai , Cantik pun cantik ? Korang setuju ? Tak setuju sudaahh .

Teya pun tetiba terfikir rutin harian teya yang membosankan di rumah . 
Walaupun bosan , tapi tetap bersyukuur sebab teya RELAKS . ahaks . gelak gituu . Korang jangan jealous okayy ? sapa jealous ,perasan perempuan ni??


6.30am - Bangun tidur , solat Subuh . Tengok dan memerhati Ummi , Jannah , Najwa , Amir ke sekolah . Tengok je la , habis tu nak buat ape?

7.15am - Kejut Hadi Aiman yang liat nak bangun macam lepat liat ! lapar la pulak" Hadiii ... Bangun pi sekolah ! " Hadi lepas tu akan marah2 teya . Tak pe, sabar3
8.00am - Lambai2 Hadi pi tadika . Ayah tolong jadi driver . Untung dia kan ?   Lepas tu tinggal dengan Aina dalam rumah . Main2 dengan dia . Banyak karenah . macam dalam gambar ni . Posing kalah FL lagi ! Haihh .

 

9.30am - Its time for Aina ke Rumah Pengasuh .. Wuu wuu , sedihnya ! Janganlah tinggal kakak sorang dalam rumah , Aina ! Sape nak teman kak .. Ainaaaa ...

Lepas tu teya terus kemas rumaah . Ehem , ada ciri2 yang bagus ni    Pleeaseee l
aaaah !


Teya kemas rumah pun sekali sekala je . Sebab Ummi dah upah Mak Cik Tina orang Indon tu kemas rumah setiap Jumaat , Sabtu , Isnin dan Rabu . Teya boleh laa rileks sambil menghadap lappy ! wee . masa tu la , nak online blog ke FB ke .



Korang tau tak , walaupun boleh hadap lappy sampai 12 tengahari pun , bosan jugak lama2 tau dak . Sampai kadang2 tu tak tau nak buat apa . buahhati teya pulak bukannya reti telefon teya siang2 ni . Kesian kan ?
12.30pm - Hadi Aiman sampai rumah . " Assalamualaikuumm.." Teya terus melompat keriangan .! Hahah . Betul ke ? 
tak betul pun .

3.00pm until 8.00pm - habiskan masa dengan lappy je , lepak ngn family , 
layan adik2  teya yang bising  !! Kadang2 tu tengok movie dengan depa . Tapi , kena layan citer budak2 je lah !

Best pe citer ni ! kan?kan? kan?
9.00pm until 11.00pm - Tak tau nak buat apa , tak tau nak buat apa . Entah la , teya tak tau teya buat apa masa ni . menghadap lappy lagik kot . Cemuihhh aihh . Teya dah la tak minat sangat tengok TV . ! 

11.00pm until 1.00am - Yeay , !! Encik fruitheart saya telepon . Jum bergayut kat pokok , sayang ? kuang3 . Lepas menghabiskan kredit , LENA !

Amacam . Seronok tak kalau jadi pengaggur macam teya . Suka tak , suka tak ? Ehh  , SU KATAK ? Tak de la , mungkin lepas ni tak sebosan bulan ni , sebab

Teya nak pergi reunion ! Yeayy ..

Teya dah daftar sekolah memandu ! Yeayy ...

Bawak kereta ! Yeayy.... teya kau baru daftar kan ? Jangan nak berangan boleh ?? 
JPJ .. Boleh korang tukar kereta lain tak ? Honda Jazz ke ? BMW ke ?

Akhir kalam , sempena bulan Rejab hari ni , Jom Puasa sunat ! jum tingkatkan amal ibadah . 
patut rasa lapar tadi . baru ingat nak makan . i lupe la i puasa hari ni . .:)

Friday 18 May 2012

Siapakah Generasi Terakhir Umat Manusia ?

Assamualaikum awak yang comel tu , alololo comelnye !
Gerammye , kenapa awak comel  sangatt ?? ayat tulus ikhlas daripada penulis



Teya baru habis baca Majalah Solusi ni , semalam .Teya sangat
terkesan apabila baca artikel ni bertajuk   . . .



Generasi Terakhir Umat Manusia 


Sebelum kiamat nanti , ada golongan umat manusia yang terakhir yang
hidup sebelum kiamat . 
Korang  nak tahu tak apa ciri-ciri mereka ?


Mereka ialah golongan yang tidak beriman yang berbaki setelah meninggalnya
semua generasi tauhid di muka bumi ini . Islam , akhlak , malah 
Al-Quran yang mulia turut hilang dari bumi suatu hari nanti .






Tak kenal Allah
Sifat pertama yang paling ketara - kejahilan mereka tentang Allah Tuhan Yang Maha Esa 


Mereka tidak pernah mengenal dan menyebut namaNya dalam kehidupan .
Daripada Anas bin Malik , Rasulullah saw bersabda ;


"Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan :
 'Allah , Allah  . .' (riwayat Muslim)

Apatah lagi solat , puasa dan ritual ibadah dan hukum2 Islam yang lain !


Kaabah Runtuh
Sepanjang puluhan tahun , tiada siapa lagi yang datang ke Makkah , apatah lagi beribadah .
Untuk melihatnya pun mereka tak enggan .Ini menunjukkan iman telah hilang sama sekali di hati seluruh umat manusia ketika itu .


Keadaan semakin parah apabila datang
 sekumpulan orang dari Habsyah(Ethopia) datang ke Mekah lalu runtuhkan Kaabah !

sanggupkah melihat Rumah Allah yang cantik Subhanallah ini diruntuhkan ??

Mereka mencungkil satu persatu batu-batu binaan rumah Allah ini untuk mencari harta karun yang dipercayai tertimbun di dalamya .


Rasulullah bersabda :


"Seolah-olah aku melihat seseorang daripada mereka ,berkulit hitam dan renggang di kakinya, sedang mencungkil batu-batu kaabah satu persatu ,"
(Riwayat Al-Bukhari)


Kota Berhantu
Kota Madinah Al-Munawwarah yang suci lagi mulia dibiarkan kosong ! Madinah tidak lebih daripada  sebuah kota 'berhantu' . 


Tiada makhluk yang tinggal di sana melainkan haiwan yang buas dan burung liar ! 

Masyallah , bila teya nak sampai sini ?

Fenomena ini menunjukkan betapa kerasnya hati manusia ketika itu . Mereka tidak lagi merindui Nabi Muhammad saw dan para sahabat baginda . Kota Madinah yang dipenuhi cahaya keimanan tidak dapat menembus kegelapan hati-hati mereka .

Daripada Umar Al-Khattab, Rasulullah saw bersabda :

"Seorang pangeran nanti akan melalui pinggir Kota Madinah dan dia berkata ,'Tempat ini dahulunya dipenuhi ramai kaum Mukminin." (Riwayat Ahmad)


Seperti Keldai
Apabila keimanan kepada Allah merosot , maka sifat malunya dan kesopanan juga akan turut lenyap .


Zina , Homoseksual , dan pelbagai seks sumbang berlaku saban hari tidak kira masa atau tempat . :(

Daripada Abdullah bin Amr , Rasulullah bersabda , maksudnya :


"Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu (manusia) berzina di tengah-tengah jalan seperti keldai ."

Abdullah berkata : " Adakah sebegitu akan berlaku ?"

Baginda menjawab :"Ya , itu pasti berlaku."
(Riwayat Hibban)

Ini yang paling menyedihkan yang teya baca . Perilaku menjijikkan ini menjadi fenomena global . Pada waktu itu manusia terbaik antara mereka yang masih punya sedikit perasaan malunya . Mereka memang tidak dapat menghalang , namun hanya dapat berkata kepada pasangan berzina :

"Cubalah meghindari jalan . Janganlah halang orang yang sedang berjalan"
Better keldai ni lagi . Manusia masa tu BODOH
jauh lebih BODOH



Mabuk
Apabila dunia semakin rosak , maksiat dan dosa memenuhi seluruh pelosok dunia , Allah menjadi semakin murka 


Allah memerintahkan Malaikat Izrafil meniupkan tiupan sangkakala tanda kiamat . Mereka lari lintang-pungkang dan memekik bagaikan orang mabuk , walhal mereka tidak mabuk . Mereka berkeadaaan sedemikian akibat azab Allah yang sangat pedih 


Daripada Ibnu Mas'ud , Rasulullah saw bersabda maksudnya :


" Antara manusia- manusia yang paling buruk ialah mereka yang masih hidup sewaktu berlakunya kiamat" (Riwayat al-Bukhari)




Memperlambat Kiamat 
Kita tak dapat mengubah realiti ini namun ,kita juga tidak mampu menahan perjalan masa . Namun , ini tidak bermakna kita pasrah begitu sahaja . Paling tidak kita berkesempatan memastikan zaman itu tidak berlaku pada zaman kita !


Syeikh Nuruddin berkata :


"Para penuntut illmu ialah orang yang memperlambat kiamat . Merekalah yang berjasa menyelamatkan dunia ini hingga ke hari ini . 
Kalau bukan kerana mereka , dunia telah lama hancur ."


Dengar tu , rakan2 ! Kita la penuntut ilmu itu !

Ayuhlah kita mengekalkan generasi dengan ilmu dan iman agar dapat menghadapi pelbagai masalah pada masa depan yang lebih mencabar 

Ayuhlah mencintai Rasulullah dan kekalkan sunnah baginda kerana
Selagi cinta Rasul berada dalam hati pemuda/pemudi , Selagi itulah 
kedatangan kiamat dapat diperlambat !!



Semoga Allah menjauhkan diri kita dan orang yang kita cintai kepada kemurkaan dan azabNya . Amin ya Rabbal Alaminnn . 

Teya sayang korang semua ! jujur ikhlas, seikhlas mungkin .penulisbelogteya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...