Followers

Sunday 25 December 2011

Apa yang teya buat sebelum POST ENTRY?

Assalamuaikum ..

Adiooss ! Eh tiba2 pulak terasa malu hendak mengepos surat  entry baru . :)
Muka Teya ceria hari ni sebab baru balik main bowling 
dengan abbi ( ayah ) , adik-adikku . 

Umi malas nak pi sebab nak tengok citer Korea .

Happy sebab baru 2nd time main BOWLING . ! Hari tu main sebab cikgu bawak .
Ada la serba sedikit gambar nak suruh korang bayang macam mana la
teya main bowling . . . 

Bayang ..
Bayangkanlaahh ..


Eh . Ni Shalin Zulkifli main Bowling !



Sebenarnya berbalik kepada tajuk hari ni ..
 First sekali sebelum teya buat post teya akan perah otak dulu .

1 . Idea .. nak tulis . Ayat ape laa
2.  Kena sedia gambar .  Gambar ape laa
3 . Tulis post ! 
4.  Publish post!
5.  Ummi kata ' tak habis2 dengan blog hang '

Bagi teya , teya selalu fikir mcm mana nak buat bagi orang terbaca blog kita ,
bagi tak boring baca blog kita ..

Teya selalu sediakan gambar ! 

Tapi, Teya tak upload lagi laa gambar pi Park Avenue Bowling Centre tadi .

Sorry , sgt2 tak da gambar sangat hari ni . Tapi , teya nak bagi semua Tumblr
yang teya cari ni kat korang semua ! hayatilaahh ...







Sekarang ni , Teya rajin cari Tumblr . . Sangat sweet ! Comel . 


Sekian daripada =  penulisbelogteya. (: 


I love you , my blog reader 
Tapi  sebab GAMBAR jugak la blog jadi berat ! =='














Saturday 26 November 2011

Bila Teya Update Blog . . .

Assalamualaikum . 
Hai semua . Rindunya kat blog .


Teya sngat sibuk bila sekarang dah masuk semester 2 . Hampeh ! Gila susah Integration Math .


Ingat lah bahawa aku sudah penat mencari d(x) dan d(y) kau . . =='





Tolongla Teya sgt lemah Matematik , Ta tau nk buat cm ne dah ni . Nak kena cari guru persendiriankah ?
( Sorry , Cikgu Kuliah & Tutor Math saya ) 


Cikgu mmg baik , kelakar dan happy la bila kuliah dengan cikgu , tapi cikgu sangaaatt laaajuuuu  macam Ekspress Rakyat
 ( bak kata mak Teya )


Teya nak kejar tak kesampaiaann . Hmm . Risau . Amat risau . 

Doa banyak2 la Teya ye . Doa Senjata Orang Mukmin . 


Minggu ni cuti 3 hari




so Teya balik rumaah ! Haha . Eksaited apa pasai .? Petang sat lagi Teya balik matrik semula la . 


Kerja tutor , report belambak lagi menunggu kepulangan ku .
 - Mai sini , tiyah , .. . Mai sini , tiyah  
 Hahah .. XD Dasar pemalas ! 




Teya tak bawak balik buku langsung .


(buat macam aku rajin sangat kat rumah . Buat berat beg ja kalau bawak balik pun!)


Itu saja buat masa ni . Bubui ..


I miss him so much !










Sunday 17 July 2011

UPS nak mai dah

Assalamualaikum .
Nak habaq ja nih yang UPS (Ujian Pertengahan Semester) is around the corner .

So? Hahahah... Macam mana perasaaan ?
Perasaan teya ? Hush.. Baru tinggal sebulan lebih, dah kena buat Exam dah.
 Demam Examla gamaknya .
Leceh betul belajar setahun ni. Semua subjek yang kami belajar
LAJU je. Haish.. macam kereta api terlaju di Jepun tu kot !



Nah ! Ambik kau. Aku bagi sekali kereta api yang tak pernah aku naik ni.


Jadi, cara belajar pun kena laju la. Ikut rentak pensyarahla.
Takkan nak naik beca lagi. Kayuh, kayuh.
Nanti jauh ketinggalan..


Maaf, teya bukan nak kata kat pakcik, teya nak buat analogi je
( biadap betul budak zaman sekarang ni)

Okla, teya tetap respek pada pakcik penarik beca yang gigih
mencari sesuap nasi dengan mengayuh beca. 

Kena cepat2 catch up ! Dah la teya ni lambat pick up sikit.
Berlari2 la datang padaku wahai kalian
                   Mathematics (teya cukup lemah ni)
Sains Komputer
Biology
Chemistry 

Uwaaa... ! Apa nak buat ni> Teya nak study apa ni??
Roomate dok sibuk study, Teya nak study apa ni ??!


Uwaaa... sedihnya. Ya Tuhan, berilah kudrat kepadaku
supaya bersemangat meneruskan pengajianku di sini. 

Teya tak nak la duduk dua tahun sini.
Tak nak la Kantoi UPS kali ni, bawah poiter 1.5, 


Dushhh !! kena tendang ke PDT!*
Tak mau ! :(
* Program Dua Tahun


Baiklah . Sudah insaf . Sambung buat kerja .















Saturday 2 July 2011

Roomate Teya

Di rumah , depan laptop ASUS,
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga isi ruang dekat isi blog yang dah usang ni.. !! Haihhhh 

Sekian lama, ku pergi
Kembali dengan rindu pada blog
Setiap new entryku 
akan terisi ayat
RINDU pada blog !

Apakhabar semua BLOGGER! hai... Teya datang.. dengan lenggang lenggoknye..
Teya datang ... ! dengan sopan santunnye..

Di matrik memang tak dak masa nak update blog lah.
Bukak facebook tu sempat pulak. Aduiihh.. Yela, BLOG kena menulis.
FACEBOOK kena tekan mouse je. (tak bolehblah punya ayat)

20 Jun 2011, kami (Dian dan Teya) sambut birthday roomateku.
haha.
Ini dia, gewe Klate cute..

Azizah Mohamed 
( laptop PINK tu teya punya, ok!)


Sorry, ini PHTOgediks Teya dan Azi

Dibackgroundkan oleh : D'pongsu Kafe KMPP. Tempat dorang
jual burger, hotdaging, wedges ala2 KFC, kentang dan etc.


2 orang roomateku tersayang dan tercun !


Dian .. Teya .. Azi
Nampak pelik sebab Crop. Ta yah beritahu sebab apa Crop.


Teya with Diana Nazirah ( Dian ) ..^^



From the left : Teyagegeh,  Azi , Dian 

HAPPY BIRTHDAY< AZIZAH.
yg ke 18.

Semoga panjang umur dan murah rezeki. Rajin sapu sampah
kat bilik ye, Azi. Utk makluman, dia memang rajin sapu 
sampah dalam bilik. !


Lampiran :





yang tengah tu Razi, kelakar giler dia.. Hahaha.
Datang singgah bilik celebrate birthday Azi.


The conclusion is...
Teya pergi siapkan toturial Kimia hang sekarang!
Petang ni balik Matrik .. 














 

Wednesday 18 May 2011

Tiba - tiba Muncul Kembali. Mimpi APAKAH ??

Assalamualaikum, semua !

Uikss.. Tiba2 ada entry baru hari ni. Minta maaf kerana LAMA.. ...
LAMA apa??
eh, bukan LAMA ini :(


LAMA tak update entry
LAMA tak blogwalking
LAMA tak jerit kat shoutbox korang
LAMA tak komen entry korang
LAMA tak.... err... apa lagi ??

Tak ada apa2 mimpi pun tiba2 teya buat entry hari . Eceh...
Sebenarnya dia mimpi blog tiba2 hilang sebab tu gagah juga.
(tipu)

Hmm.. sangat ridukan blog. Bukannya apa ada banyak sebab teya tak
 LAMA macam ni. 

Ummi CABUT wayar kuning. (wayar sambungan internet) Sebab adik2 
teya gila game FRIV. Haishhh
Sibuk persiapan ke Matrikulasi Pulau Pinang.
Tak da idea untuk entry. ~~  Tak rasa apa yang berlaku di sekeliling 
teya harus dicerita di blog. T^T




Jadi, muncul la kesan2 lama tidak update blog.
Follower tak bertambah

Komen semakin kurang

Tak da siapa nak singgah kat blog

Blogger tu pun sedih , jadi dia pun update la entry baru.


Entah apa apa punya ayat! Jangan ikut perangai teya ya ! :)
Jadi, teya nak pohon sejuta kemaafan kepada Blogger semua.
Kesimpulannya ...

Teya mungkin lepas ni jarang2 lagi nak update blog sebab dah nak
berangkat ke KMPP. Doakan kejayaan teya di sana, Ok ?








Apa pun, teya tetap akan akan menulis blog sebab teya dah SAYANG blog! 
huhuhu.. 

p/s:  Semalam mana pulak button FOLLOW? Kenapa boleh hilang ?
*

.salam sayang daripada, penulisbelogteya.







Tuesday 10 May 2011

Power Ayat SMS.

Assalamualaikum..

Teya terjumpa satu sms ini. Sangat menyayat hati. Oh, sangat2.. 

Sumber : Harap  dapat dirahsiakan , yela sebelum mulut tempayan teya terbuka.

Cukup powerkah ayat2 SMS ni? Sedangkan kita tak pernah jumpa atau
 tengok pun muka pengirim SMS tu sendiri?





Korang pernah ke bercinta SMS ni? Angkat tangan, nak kira,...

1 , 2 , 3 , 4 , 5 , blablabla...

Ok. Teya akui teya pun pernah. Tapi sekarang , tak ada maknanya okey? 
Jangan salah faham. Heheheheheh
Mari tengok apa yang menyayat hati sangat tu..
Tak nak tulis perkataan shortform SMS, takut ada yang tak faham nanti



Si Dia : Awak..
Perempuan : Ya. .

Si Dia : Saya sayang awak.. 

Perempuan : Saya pun sayang awak.. :-)
Si Dia : Awak, saya minta maaf, ok?

Perempuan  : kenapa ni?

Si Dia : Minta maaf kalau saya tak mesej awak lagi.

Perempuan : Hah? apa awak cakap ni?? Saya tak boleh hidup tanpa awak, tahu?
Awak syg saya tak??? ( amboii, byk nye tanda soal dia)
Si Dia : Saya sayang awak, tapi, saya tak mampu nak jaga hati awak.

Perempuan :Kenapa cakap macam tu? Kejap, saya nak nangis .. :'(
Si Dia : Saya tak mampu nak jaga hati perempuan, saya harap, 
awak berbaik semula dengan bf awak.
 Awak ni baik sangat, saya tak pernah jumpa perempuan
sebaik awak.. Awak janganlah nangis. 
Tolonglah jangan nangis demi saya.

Perempuan : Terima kasih bagi peluang kepada saya untuk berbaik dengan
bf saya, kalau tidak, saya hampir lupakan dia.. 


Si Dia : Saya minta maaf, awak jaga diri elok-elok, eh? Awakla perempuan 
yang layan saya dengan baik. Thanks.

Perempuan : Awak pun sama. Jaga diri elok2, jaga solat, jaga nafsu ..
 Saya harap lepas ni awak jumpa perempuan yang baik pegangan agamanya.
 Terima kasih kerana sudi kawan saya,
 Temani saya setiap masa. Ambil berat tentang saya. :)

Si Dia : Terima kasih awak, kalau ada jodoh kita jumpa. 
Saya mendoakan awak dengan bf awak. 


Perempuan : Saya tak sangka kita nak berpisah hari ni. Saya harap
 selepas ni,
saya tak rindu awak lagi, tak angaukan awak lagi. 
Ada jodoh, kita ketemu. Assalamualaikum..

Si Dia : Awak baik. Saya tetap akan rindu awak sampai bila-bila.
Waalaikumussalam..


Hmm... Lepas tu perempuan tu menangis sepuas-puasnya. Dia tak sangka 
lelaki yang selalu sayangkan dia, temani dia setiap hari, pergi macam tu saja.


Tengok! hanya dengan beberapa baris ayat,( bukannya suara, atau keadaan sebanar)
dah membuatkan perempuan itu menangis  dan sedih.!


Mana dia boleh tahu lelaki tu macam mana. 
Baik atau jahat, Laki orang pun boleh jadi. Hmm.. manusia sekarang, perangai
macam - macam !!

Kesimpulannya : Tak payahlah bercinta SMS, kita belum kenal benar si dia 
bagaimana rupa. Lainlah kalau kita benar2 jumpa dia
dan tahu dia wujud sama seperti hatinya.

p/s : Bagus. Mulut tempayan teya tak terbuka ! :) PEACE


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...