Followers

Thursday 28 June 2012

Mesti Pernah Punye

 Assalamualaikum (:


Tadi teya terjumpa Troll Gangster ni dalam Fesbuk . Alaa , korang pun pernah tengok kan 
kartun lawak ni . 

Teya tak habis2 gelak tengok kartun2 ni . Kreatif la diaorang ..
Korang mesti pernah nye buat cam nii kannn ?










Tuesday 26 June 2012

Cikgu Memandu #2 : Cikgu Zulkifli Tak Wujud

Assalamualaikum ,
Sape kate ?  Sape kata Cikgu Zulkifli cikgu memandu teya ? 
Ok laa . Mintak maaf bebanyak , tadi teya pergi praktikal di Adilcap GSM . Macam biasala kan kena jumpa kerani Aisywarya Rai dan kena thumprint dulu .

“ Apa nama cikgu , adik ?” 
tanya Aisywarya Rai itu . Haiihh , hari tu dia bagitau teya , dia pulak lupa .

“ Err .. saya tak ingat laaa...”
“ Tunggu sekejap ea ..” Kerani India cantik itu terus mencari Cikgu Teya . Beberapa minit kemudian , dia keluar bersama pak cik mana entah ? Mana cikgu Fizo Omar ni ,tak de pun .
Pak cik mana pulak ni ?

“Ha .. ini cikgu adik . Cikgu Yusoff .. “ 
Aisywarya Rai itu menunjukkan ke arah pak cik yang nampak baik tadi .... Teya hanya tersenyum .

Hancur berkecai harapan teya . Rupanya cikgu yang teya idamkan seperti Fizo Omar atau Remy Ishak tidak menjadi kenyataan . Malah , rupanya tersalah dengar nama cikgu pulak tu .Nama Cikgu ni ... Cikgu Yusoff , BUKAN CIKGU ZULKIFLI !  Cikgu Zulkifli tdak wujud pun dalam senarai guru2 di pusat memandu itu . Apakahh ??
Agak cam mana laa , kalau blajar ngn Cikgu Puff ni ? Asyik kembongg je
Menurut makluman korang semua , sebenarnya bawak kereta manual ni , susah juga ya . Teya sangat penat memulas stereng ,  menekan clutch , dan menukar gear . Teya sangat lambaaat belajar dan selalu dimarahi oleh cikgu Yusoff tadi .

“ Jangan la marah2 cikgu . Saya dah bayar RM600 ni . Mahal ni , cikgu ..”
Teya pasti kata2 itu hanya mampu tersekat di kerongkong teya .
Penaaat sangat 2 jam setengah belajar kereta . Sampai 12.30 pm , LAPAAAR sangat .

“ Haihh . Tak boleh jadi ni , nanti lebih teruk aku kena ngn cikgu tu . Lebih baik aku belajar kereta Abbi aku dulu yang manual ni ."
Besar gedabak kereta ni . Tak padan ngn Teya yang kecik dan comey ni . Haihhhh

Sementara itu ,
Sebelum ke kelas 
Selepas Kelas
Macam mana pengalaman korang belajar memandu ? best ke ? Cikgu baik hati ke ? Cikgu korang hensem ke ?
Last but not least , 
Teya dah bubuh pengomentar tegar dalam blog ni . Selamat Mengomentar yup !

Saturday 23 June 2012

Cikgu Memandu : Cikgu Zulkifli ??

Teya tengah kusyuk menaip entri pada hari ini sambil otak ligat berfikir nak tulis pasai ape la  ni ?
Tiba-tiba teya terdengar nama teya dipanggil 

"Yah .... !"  Kedengaran sesorang memanggil dari ruang tamu .  *Nama sebenar teya : Atiyah .
Teya pun dengan rakusnya terus ke ruang tamu dan menyahut panggilan adik lelaki teya itu .

"Awaatt ?? Ada apa .... ?" 
Teya sudah tercegat di hadapan pintu yang tidak berlangsir sambil memeluk tubuh 
Cehh ! Rupanya adik lelaki teya sedang leka beraksi Ala2  mendiang Bruce Lee dia ruang tamu sorang2 .

Abang Bruce Lee  yang hensem
" Yahh ! Syiakk ! Rasakan tumbukan padu aku .... ! Yeahh .... "

Kurang asam jawa punya budak . Aku ingat dia panggil aku tadi . 
"Eerrghhh , buang masa aku ja bangun meninggalkan lappy yang comel . !!" Jerit teya dalam hati . 

Berpatah balik kepada tajuk kita pada pagi ini , Teya teringat kelmarin petang teya ke Kursus 6 jam Kereta di Adilcap GSM Sg Petani . Huhuhu .. 

Bukan situasi sebenar . Harap makngah .
Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik tu , muka teruja teya betul2 terasa . Ambik duduk tempat di belakang sekali . Dalam kelas tu ada lah dalam 12 orang macam tu . 

Teya teringat kata-kata makcik2 yang berada dalam kelas tu 

" Hahaha , macam mana laa ni ? Pegang stereng pun tak pernah ... Takut  ngat aih ... " teya tersenyum. 

" Tu la kann , saya pun tak tahu yang mana satu pedal minyak , yang mana  satu pedal clucth , ....blabala" 
teya tersenyum lagi . Bajet cam pandai bawak dah .

"Tengok orang bawak kereta pun dah takut , apatah lagi nak naik . "yang teya ni cakap . Hehehe ..Teya pun takut ekceli . 

Dalam pukul 12 tengahari macam tu , waktu ni kelas lagi nak habis setengah jam . 
Datang seorang kerani melangkah masuk . Cun jugak la kerani tu , muka cam Aisywarya Rai . 

Korang : Haihh ? Tak kan macam ni kot ?
Teya : Tak caye sudah . Tapi memang bukan cam ni pun . 
 " Siti Nur Atiyah ...... " Panggil kerani tu 
Teya angkat tangan . Ada yang memandang teya . Ada yang tercari2  . Di kala terasa femes seketika . 

"Adik .... Adik kena praktikal tau .... " Teya dah terkejut beruk . Haaaa ?? Bilaaaa ??

"Dengar dulu adik,  saya nak cakap ..... Hari Selasa , 
10.30 pagi okay ?"
" Ha .. okayy2 ... "
" Dengan Cikgu Zulkifli .... "
Masa tu teya sangat la Gemuruh Di jiwaaa ..... 

Mampukah teya menghadapinya bersama Cikgu Zulkifli , bakal guru teya yang teya tak kenal pun wajahnya .. Macam manakah rupa  Cikgu Zulkifli ???

Adakah seperti 
Fizo Omar ?
" Hai ..... Sudah bersedia bawak kereta ??"
Tak pun teya rasa macam ....
Remy Ishak ?
" Atiyah ......  Adakah anda sudah bersedia ??  Ayuh laah "
Sampai sekarang teya sangat konfius sama ada muka Cikgu Zulkifli seperti Remy Ishak atau Fizo Omar ?

salam tolong teya laaa !! .penulisbelogteya.

Thursday 21 June 2012

Sapa Follower Bertuah Teya

Assalamualaikum ,
Waahh , rasa macam SETAHUN tak hapdet walaupun sebenarnye baru 4 hari meninggalkan dunia blog .

Teya mintak maaf banyak2 kepada korang yang merasakan korang follower bertuah tapi , tak de pun teya  mention . Haaa (!) , teya nak mention la ni .
Teya tak reti la nak buat award ... 
Tengok header laaaa kan ? Teya cuma boleh buat entri pasal korang je la ok ?

 Follower ke 200 Teya , Tahniah diucapkan kepada ..dongguemoticon

Sila tekan header utk terjah . :)

 Follower ke 300 teya .... tepukan gemuruh buat

Err ... alamak ! Cam ne nihh ..
Teya taktau nak buat cam ne kalau jadi cam ni ... Sama ada dia tak de blog atau tak keluar nama blog dia .
Tapi teya tetap ucapkan TAHNIAHH !


Last and the last and the last but not least ...
Tekan sini  header utk ke rumah ANZULNA
Terima kasih kerana sudi follow blog teya yang tak seberapa ni . Hehe
Jutaan terima kasih jugak buat follower yang lain  (:

dongguemoticon
Peace Yo ~  Aiseeyy ... !  Lyssa Faizureen la pulak . HAHAHA

Rindu sangat kat SILVA yang ade kat Ukraine Sekarang ... !   
dongguemoticon
Sorry , banyak sangat printscreen . Biasa laa , orang rajin .


Salam perasan .penulisbelogteya.

Sunday 17 June 2012

1st Giveaway by jaakechik corner

Teya nak join GA kak jaa yang comel ni , setelah berhempas pulas
  (huh, tak penat pun . its okayy)
memikirkan tempat ape laa yang boleh lawat kat Kedah ni .

Kedah kan LUAASS .. mesti banyak tempat punyer . ehek .wink2 sikit la kann




At last  3 tempat best di negeri teya ialaahhh ... jengjeng  .... :

  1. Langkawi  
Sila la datang ke Langkawi . Macam2 ada kat sini kak jaa . Makam Mahsuri , Underwaterworld , daaaannn



Coklat Langkawii  !! weee . bestnye . boleh la kasi kat anak kak jaa . Murah je murah nye ..

2. Gunung Jerai

Gunung Jerai .. yuhuu , best sebab kat sini boleh nikmati pemandangan yang indah ciptan Tuhan .
Tak payah hiking , nek kete pun boleh kak jaaa .

3.  The Carnival


Located at Sungai Petani . huhu . best2 sini , walaupun tak besar macam Sunway Lagoon , murah laa kann :D

Opss . Teya nak tag sape yang bertuaah .. ??

Habis sudaa ~ Korang yang tengah blogwalking kat sini tuu . Jom la join sekali . 
Sila la tekan HEADER kak jaa .

Hadiah menarik - contact lens , shawl , topup  
Salam sertai contest .penulisbelogteya.

Saturday 16 June 2012

1st Wordless Wednesday






Wordless Wednesday teya yang pertama la sangat kann ..
Alamakk .! emmmp .. emmmmp ... ! *taklehtulisla dah wordless*

Friday 15 June 2012

EURO 2012 : Kenduri Gol Spain !


Assalamualaikum .
Hoyeahh !! Semalam teya dan family sanggup berjaga pukul 2.45 pagi semata2 nak tengok Euro2012 : Spain VS Republic of Ireland. Korang tengok tak ?

Tahniahh kepada Espano / Sepanyol / Spain yang berjaya merembatt GOL ~ !


mengalahkan Ireland 4-0 . Dasyahaatt bukan ? HAHA . Sapa nak berani nak kalahkan Juara Piala Dunia 2010 ???

4 gol disumbat oleh siapa kah ?? sorry cikgu bahasa melayu .

Buahhati teya yg kedua . David Silva !

Teya : hensem laaa , Ummi kan ?
Ummi : orang putihhh , hensem lah . Ce hitam tengok ??
Hero kedua . Fernando Torres .. !

Alahai , hensem nya dia masa Piala Dunia 2010  ... !
Erkkk . Mengapakah ? Rambutnya di racun ?
Tak pe la .. asal  sumbat gol 2 kali nohh !
Hero ketiga . Fabregass !

Tiada komen di sini
Yang mana satu hensem ?

Tahniahh sekali lagi Spain . Tahniahh sebab buat teya berjaga sepanjang malam tanpa mengantok atau menguap sedikit pun . Spain dikatakan hebat dan mempunyai skill yang tersendiri ketika mengawal bola . Sangat dahsyatt ! Bravo Espano .. ! Mmmmuahhzz sikit

Buat yang kecundang , jangan kecewa . better luck next time , buddy . Tapi hebatlah jugak korang kan ? boleh masuk piala EURO . Okayy la tu . sudahhlaa , jgn menangis okay ..


Last but not least ,


Korang ce bukak blog dia . best giler kot ! Kelakar sangat . Ohsem !! Entri yg menarik dan tak bosan baca tau .

Salam kasihsayang penuh abadi .penulisbelogteya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...