Followers

Sunday 27 May 2012

Misteri Warna Darah !


Assalamualaikum , teya baru habis makan kenduri .

Nasi kenduri sangat sedap sehingga teya rasa seperti mahu makan lagi . Nasi ditambah dengan acar timun dan nenas berulamkan ulam raja begitu menambat hati raja .

Baiklah kali ni entri teya ingin mengupas bawang putih tentang tajuk Misteri Dalam Darah . Waa , Karangan Bahasa Melayu semakin mantap .

Bagi yang tak tau , korang nak tau tak , tidak semua makhluk di dunia ini berdarah berwarna merah . Sehingga kini , saintis telah mendapati terdapat juga darah pelbagai makhluk ciptaan Tuhan wujud dalam bermacam2 warna , seolah pelangi!errkk ... pelangi ?


Darah belangkas dan udang karang dan sotong berwarna biru atau kehitaman , 


Saintis mendapati darah belangkas mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi . Pada waktu ini darah belangkas banyak digunakan dalam sektor perubatan . 

Darah sotong yang berwarna kehitaman juga digunakan sebagai ubat . Ianya mampu melawan sel barah selain dalam resepi masakan dan dakwat tulisan .
Errr , euwww 

Darah lipas berwarna jernih kerana tidak mempunyai apa2 pigmen di dalamnya .

Darah cacing berwarna hijau pekat .

Darah karang laut boleh menjadi warna hijau epal .

Vanadim dalam darah gamat membuatnya menjadi warna kuning !


Bagaimana pula dengan darah manusia ?



Korang cuba lihat tangan korang , korang boleh nampak  urat2 darah kita berwarna biru . Adakah darah kita berwarna biru ?

Sebenarnya , darah yang mengangkut oksigen dalam badan kita berwarna merah cair . Semakin tinggi kandungan oksigen , semakin cair warnanya .
Manakala , darah yang tiada oksigen berwarna merah terlalu pekat dan kelihatan seolah-olah kebiru-biruan .

Jika kalian lihat dengan teliti , urat-urat berwarna kebiruan berselirat bawah permukaan kulit . Ini kerana darah yg tiada oksigen(deoxygenated blood) bercampur dengan warna kulit yang coklat/ kekuningan menjadi seolah-olah biru!

seram ? tidak , bukan ?

Mengapa pula tidak nampak urat berwarna merah ?
Apabila luka , selalunya darah yang mengalir ialah darah yang tidak mengangkut oksigen (deoxygenated blood) . Ini kerana salur darah(arteri) yang mengangkut oksigen(oxygenated blood) terletak jauh dari permukaan kulit . Yela , dorang kan ada banyak oksigen . Badan perlukan oksigen , kalau asyik terluka  dan terkeluar je , tak cukup la oksigen dalam badan kita !



Macam mana pula dengan darah Mahsuri ?

Sapa pulakk yang tak kenai dengan Mahsuri kat sebelah rumah yang difitnah dan dibunuh di Langkawi . Mahsuri dikatakan mengalirkan darah berwarna putih seolah-olah macam nak buktikan kesuciannya .
Mahsuri yang jelita . Ada yg mengatakan cerita ini hanya dongeng , mitos dan ditokok tambah 

Walaupun begitu , ada yang menyelidik kemungkinan Mahsuri mengalirkan darah putih kerana

Mahsuri mungkin mengidap penyakit yang menyebabkan organ dalam tubuhnya mengumpul nanah akibat sel darah putih cuba membunuh bendasing yang menyerang!   Apabila ditusuk tombak ,nanah bercampur dengan darah yg keluar .


Barangkali tombak yang menusuk bahagian dada Mahsuri menyebabkan susu ibu yang keluar . Masa tu , Mahsuri dah ada anak kot .


Semua ini hanya wasangka . Hanya Tuhan Maha Mengetahui .

-Sumber daripada BERNAMA Dewan Siswa Edisi Mac2011-

Kesimpulannya ,
 MAHA AGUNGNYA CIPTAAN ALLAH . Ayuh ucapkan 
    ' SubhanAllah..! '

Salam rindu tak terkira kat korang yang sangat comel daripada   .penulisbelogteya.

16 comments:

Anonymous said... http://i.imgur.com/mkiht.png

walaupun wa mencik tengok darah tapi alhamdulillah wa tak mencik tuk derma darah .. :)

Chic Na said... http://i.imgur.com/mkiht.png

aah btul. selalu guna darah belangkas utk wat test detect toxin. tp darah yg dah proses la. xde nmpak kaler biru dah. :)

Hans Hanis said... http://i.imgur.com/mkiht.png

owh...entry yang menarik...
tahu macam2 warna darah lepas baca
:-)

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

sis92 : bagus .! derma darah bagus untuk kesihatan . penghasilan darah baru .

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Chic Na : wah , info yg menarik .!

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Hans : thanks . :)

Nurul Farhan said... http://i.imgur.com/mkiht.png

subhanallah!!! ;)

terbayang2 darah la plk.. seram.. =.=

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

heheh , ramai kata darah seram !

Unknown said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Darah? takut + seram! kalau fiza pegi hospital jee, tgk darah, mesti nak termuntah.. =.= btw, thanks for the sharing.. ^_^v

Korn Ahmad said... http://i.imgur.com/mkiht.png

sampai skarang aku masih xtau jenis darah aku.... haha

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Fiza : takut darah ye ? heheh , haaa,meh nak cucuk Fizaa !

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

KorN : cepat2 pi check darah . teya darah O ..

THE AUTHOR said... http://i.imgur.com/mkiht.png

thanks for info...
kisah mahsuri ini lak lawak lak!!

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

haha , memang pun . macam pelik kn ?

Cik Kay Jue said... http://i.imgur.com/mkiht.png

owh.. baru ckj tau... thnks atas infonya... hehe.. yang fasal mahsuri tu.. urm... entah la..

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

welcome . yg mahsuri macam pelik je kan > hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...