Followers

Tuesday 10 May 2011

Power Ayat SMS.

Assalamualaikum..

Teya terjumpa satu sms ini. Sangat menyayat hati. Oh, sangat2.. 

Sumber : Harap  dapat dirahsiakan , yela sebelum mulut tempayan teya terbuka.

Cukup powerkah ayat2 SMS ni? Sedangkan kita tak pernah jumpa atau
 tengok pun muka pengirim SMS tu sendiri?





Korang pernah ke bercinta SMS ni? Angkat tangan, nak kira,...

1 , 2 , 3 , 4 , 5 , blablabla...

Ok. Teya akui teya pun pernah. Tapi sekarang , tak ada maknanya okey? 
Jangan salah faham. Heheheheheh
Mari tengok apa yang menyayat hati sangat tu..
Tak nak tulis perkataan shortform SMS, takut ada yang tak faham nanti



Si Dia : Awak..
Perempuan : Ya. .

Si Dia : Saya sayang awak.. 

Perempuan : Saya pun sayang awak.. :-)
Si Dia : Awak, saya minta maaf, ok?

Perempuan  : kenapa ni?

Si Dia : Minta maaf kalau saya tak mesej awak lagi.

Perempuan : Hah? apa awak cakap ni?? Saya tak boleh hidup tanpa awak, tahu?
Awak syg saya tak??? ( amboii, byk nye tanda soal dia)
Si Dia : Saya sayang awak, tapi, saya tak mampu nak jaga hati awak.

Perempuan :Kenapa cakap macam tu? Kejap, saya nak nangis .. :'(
Si Dia : Saya tak mampu nak jaga hati perempuan, saya harap, 
awak berbaik semula dengan bf awak.
 Awak ni baik sangat, saya tak pernah jumpa perempuan
sebaik awak.. Awak janganlah nangis. 
Tolonglah jangan nangis demi saya.

Perempuan : Terima kasih bagi peluang kepada saya untuk berbaik dengan
bf saya, kalau tidak, saya hampir lupakan dia.. 


Si Dia : Saya minta maaf, awak jaga diri elok-elok, eh? Awakla perempuan 
yang layan saya dengan baik. Thanks.

Perempuan : Awak pun sama. Jaga diri elok2, jaga solat, jaga nafsu ..
 Saya harap lepas ni awak jumpa perempuan yang baik pegangan agamanya.
 Terima kasih kerana sudi kawan saya,
 Temani saya setiap masa. Ambil berat tentang saya. :)

Si Dia : Terima kasih awak, kalau ada jodoh kita jumpa. 
Saya mendoakan awak dengan bf awak. 


Perempuan : Saya tak sangka kita nak berpisah hari ni. Saya harap
 selepas ni,
saya tak rindu awak lagi, tak angaukan awak lagi. 
Ada jodoh, kita ketemu. Assalamualaikum..

Si Dia : Awak baik. Saya tetap akan rindu awak sampai bila-bila.
Waalaikumussalam..


Hmm... Lepas tu perempuan tu menangis sepuas-puasnya. Dia tak sangka 
lelaki yang selalu sayangkan dia, temani dia setiap hari, pergi macam tu saja.


Tengok! hanya dengan beberapa baris ayat,( bukannya suara, atau keadaan sebanar)
dah membuatkan perempuan itu menangis  dan sedih.!


Mana dia boleh tahu lelaki tu macam mana. 
Baik atau jahat, Laki orang pun boleh jadi. Hmm.. manusia sekarang, perangai
macam - macam !!

Kesimpulannya : Tak payahlah bercinta SMS, kita belum kenal benar si dia 
bagaimana rupa. Lainlah kalau kita benar2 jumpa dia
dan tahu dia wujud sama seperti hatinya.

p/s : Bagus. Mulut tempayan teya tak terbuka ! :) PEACE


















12 comments:

CintaZulaikha said... http://i.imgur.com/mkiht.png

mmg pon...ramai ajer yg cenggitu. akak pon pnh terjebak...skrg da tader makna da..happy ending suda~~

deDetz said... http://i.imgur.com/mkiht.png

waaa~ camtu pula kesnya yeah =D

Cikbeyla Nabiella said... http://i.imgur.com/mkiht.png

hahah. pernah jugak!
guest wht, beyla pernah cple ngn sum1 ni selame 2thon tapi tak penah tgk muke die lngsung even gmbr. pelik tak? hahahha. msg je pnghubung ktorng, ecehhh. lame2, tinggal~~~ :p

MUHAMMAD BIN SIFYAN said... http://i.imgur.com/mkiht.png

tak payah la beriye2 nak bercinta...
blajo pon tak abes lagi...
pkir benda lain dulu...

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

Cinta Zulaika : oo.. yeke? bgus2, suda kahwin happy ending pnyer :)

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

deDetz: ye la da, kes ntah apa 2 :)

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

cik Beyla nabiella : huish! yeke cm tuh? bgus2, lma jugak bertahan!

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

MUHAMMAD BIN SIFYAN : sangat setuju! :P

hans said... http://i.imgur.com/mkiht.png

hahahaha
zaman2 jahiliah aku dlu pernah lah terlibat
skrg memang xdah
haahahah

Review Filem Kongsi

anumuchan said... http://i.imgur.com/mkiht.png

aa cinta sms..ade lg ke skang ni..heee~cinta fesbuk mungkin kot..haha

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

hehhe.. sekarang zamn cinta sms, cinta fesbuk, dan cinta blog! :)CINTA SIBER

putryteya said... http://i.imgur.com/mkiht.png

hans : hahahha. mmg mase tu jahiliah sangat kan? nyampah donk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...