Tadi, ummi aku bawa balik majalah Dewan Siswa, aku nak menangis betul baca puisi ni...
BAYI TERLARANG
Kasihan kamu anak
lahirmu tanpa restu
wujudmu kerana nafsu
bukanlah berlandaskan kasih sayang
kelak dibunuh lalu kecundang
Kasihan kamu anak
tidak mengerti apa-apa
ibarat kain putih punya jiwa
minta dikasihi, dibelai dan dimanja
malangnya dibuang merata-rata
kerana engkau anak terlarang
Kasihan kamu anak
digigit anjing di tapak pelupusan
disumbat ke tandas amat ngeri
nyawamu menjadi galang ganti
kemanusiaan punah suatu realiti
Kasihan kamu anak
lahirmu bagai sumpahan
ajalmu mudah tapi kejam
hanya kerana anak terlarang
tempatmu kelak di syurga sayang
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang dipetik drp,
Dewan Siswa FEB/2011
Maaf, aku tidak sanggup upload gambar bayi terbuang! aku kasihan.. |
Sungguh COMEL.. mengapa ada yg tergamak membuangnya? |
Tahniah kepada Faizal Ramzi , Pusat Giat Mara , Johor
kerana HAMPIR berjaya menitiskan air mata aku.
Ya.. begitulah... panorama dunia.
Sungguh tidak berperikemanusiaan segelintir manusia hari ini.
Na'uzubillah..
2 comments:
manusia yang tau buat maksiat je.. kesan nyer.. ini la.. huhu.. menyedihkan.. ckj pun tak sanggup nak tgk... huhu..
org zaman skrg sudah takde belas kasihan.
Post a Comment