Assalamualaikum..
Teya terjumpa satu sms ini. Sangat menyayat hati. Oh, sangat2..
Sumber : Harap dapat dirahsiakan , yela sebelum mulut tempayan teya terbuka.
Cukup powerkah ayat2 SMS ni? Sedangkan kita tak pernah jumpa atau
tengok pun muka pengirim SMS tu sendiri?
Korang pernah ke bercinta SMS ni? Angkat tangan, nak kira,...
1 , 2 , 3 , 4 , 5 , blablabla...
Ok. Teya akui teya pun pernah. Tapi sekarang , tak ada maknanya okey?
Jangan salah faham. Heheheheheh
Mari tengok apa yang menyayat hati sangat tu..
Tak nak tulis perkataan shortform SMS, takut ada yang tak faham nanti
Si Dia : Awak..
Perempuan : Ya. .
Si Dia : Saya sayang awak..
Perempuan : Saya pun sayang awak.. :-)

Si Dia : Awak, saya minta maaf, ok?
Perempuan : kenapa ni?
Si Dia : Minta maaf kalau saya tak mesej awak lagi.
Perempuan : Hah? apa awak cakap ni?? Saya tak boleh hidup tanpa awak, tahu?
Awak syg saya tak??? ( amboii, byk nye tanda soal dia)
Si Dia : Saya sayang awak, tapi, saya tak mampu nak jaga hati awak.
Perempuan :Kenapa cakap macam tu? Kejap, saya nak nangis .. :'(

Si Dia : Saya tak mampu nak jaga hati perempuan, saya harap,
awak berbaik semula dengan bf awak.
Awak ni baik sangat, saya tak pernah jumpa perempuan
sebaik awak.. Awak janganlah nangis.
Tolonglah jangan nangis demi saya.
Perempuan : Terima kasih bagi peluang kepada saya untuk berbaik dengan
bf saya, kalau tidak, saya hampir lupakan dia..
Si Dia : Saya minta maaf, awak jaga diri elok-elok, eh? Awakla perempuan
yang layan saya dengan baik. Thanks.
Perempuan : Awak pun sama. Jaga diri elok2, jaga solat, jaga nafsu ..
Saya harap lepas ni awak jumpa perempuan yang baik pegangan agamanya.
Terima kasih kerana sudi kawan saya,
Temani saya setiap masa. Ambil berat tentang saya. :)
Si Dia : Terima kasih awak, kalau ada jodoh kita jumpa.
Saya mendoakan awak dengan bf awak.
Perempuan : Saya tak sangka kita nak berpisah hari ni. Saya harap
selepas ni,
saya tak rindu awak lagi, tak angaukan awak lagi.
Ada jodoh, kita ketemu. Assalamualaikum..
Si Dia : Awak baik. Saya tetap akan rindu awak sampai bila-bila.
Waalaikumussalam..
Hmm... Lepas tu perempuan tu menangis sepuas-puasnya. Dia tak sangka
lelaki yang selalu sayangkan dia, temani dia setiap hari, pergi macam tu saja.
Tengok! hanya dengan beberapa baris ayat,( bukannya suara, atau keadaan sebanar)
dah membuatkan perempuan itu menangis dan sedih.!
Mana dia boleh tahu lelaki tu macam mana.
Baik atau jahat, Laki orang pun boleh jadi. Hmm.. manusia sekarang, perangai
macam - macam !!
Kesimpulannya : Tak payahlah bercinta SMS, kita belum kenal benar si dia
bagaimana rupa. Lainlah kalau kita benar2 jumpa dia
dan tahu dia wujud sama seperti hatinya.
p/s : Bagus. Mulut tempayan teya tak terbuka ! :) PEACE